lau ad ape - ape cni tlg klik er...

Thursday, September 30, 2010

PESANAN UNTUK WANITA CANTIK....


Rasa Cantik.... Baca ni....


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

KAYA....KAYA...


PENGASAS FB LEBIH KAYA DARI PENGASAS AAPPLE

Mengikut senarai terbaru 400 individu terkaya di Amerika Syarikat (The Forbes 400 : The Richest People in America), kedudukan CEO dan co-founder Facebook.com Mark Zuckerberg melonjak dari kedudukan 158 ke 35.
Kini aset beliau dianggarkan bernilai $6.8 bilion.
Senarai tersebut menunjukkan bahawa kekayaan beliau telah mengalahkan kekayaan CEO dan co-founder Apple Steve Jobs yang berada di tangga ke-42 dengan $6.8 bilion.
Co-founder Microsoft Bill Gates masih mengungguli carta selama 17 tahun berturut-turut dengan aggaran aset bernilai $54 bilion.
Menurut akhbar Guardian, hari ini Mark Zuckerberg akan menderma sebanyak $100 juta untuk memulihkan sistem persekolahan awam di Newark.
Newark merupakan salah satu bandar metropolitan terburuk di Amerika Syarikat kerana mempunyai kadar jenayah, korupsi, kemisikinan dan pengangguran yang tinggi.
Perkara Baik Kita Contohi
Melalui berita ini, kita dapat lihat salah satu kelebihan orang kaya.
Oleh kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kewangan, mereka mampu membuat perubahan (change) dalam kehidupan orang lain.
Ketika zaman Rasulullah SAW, ramai sahabat yang kaya seperi Abdul Rahman Bin Aufdan Tholhah Bin Ubaidillah  menderma kebanyakan dari harta mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.
Malah mereka menderma untuk perjuangan Islam. Kita perlu mempunyai azam untuk mencontohi amalan kebajikan yang mereka tunjukkan.
Azam sahaja tidak mencukupi, tetapi kita perlu berusaha dan bekerja kuat untuk menjadi manusia yang hebat.
"Kekuatan dan kemajuan hanya akan datang melalui usaha dan kerja kuat yang berterusan." - Napoleon Hill

???KIAMAT???


DUNIA KIAMAT 2013????


Pada 20 September 2010, para saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa satu letusan besar daripada matahari akan berlaku pada tahun 2013.
Letusan ini boleh menyebabkan satu bencana global yang akan menyebabkan krisis makanan, terputusnya bekalan elektik serta jaringan internet dan lain-lain lagi.
Menurut akhbar The Sun UK, malapetaka tersebut sangat dahsyat sehinggakan Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox mengadakan persidangan tergempar di London untuk membincangkan strategi berhadapan dengan ancaman tersebut.
Amaran saintis ini mengingatkan kita akan filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu - 2012. Adakah apa yang digambarkan dalam filem itu akan benar-benar menjadi realiti?
Pastinya, kebanyakan daripada kita akan merasa risau akan apa yang bakal berlaku dua atau tiga tahun lagi. Lalu, perbagai strategi dan persiapan dilakukan untuk menghadapinya.
Namun sedarkah kita bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja? Adakah kita risau akan detik pengakhiran kita di muka bumi? Adakah kita benar-benar menyusun strategi dan persiapan untuk mati?

Permata Yang dicari.....


DIALAH PERMATA YANG DICARI.....
permata yang dicari....
Ya Allah, jika benar dia untukku, satukanlah HATInya dengan HATIku, dan jika dia bukan untukku damaikanlah HATIku dengan ketentuanMU.....YA ALLAH......
CINTA adalah anugerah kurniaan ILAHI....
jagalah CINTA dengan sebaiknya...

Wednesday, September 29, 2010

Wanita....Hiasan Dunia....

bestkan lgu ni....
terutama bt insan yang bergelar wanita.....
sedarlah diri wahai wanita...dri anda di sisi Allah.....

Jawapan Dari Ustaz....

Tiga pertanyaan dijawab dengan satu tamparan



Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

Islamofobia penyakit jiwa, rasa takut, bimbang pada Islam

Islamofobia penyakit jiwa, rasa takut, bimbang pada Islam


Ummah perlu maju dalam teknologi bagi menangkis fitnah dari Barat 

FENOMENA Islamofobia membayangkan kebangkitan Islam apabila dianggap sebagai satu ancaman kepada keamanan dan menimbulkan rasa takut serta bimbang di kalangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan Islam.Walaupun perasaan negatif sedemikian wujud pada budaya dan masyarakat Barat sejak beberapa abad lalu, sikap itu semakin jelas kini, malah menjadi agenda tetap berita sesetengah media Barat.

Menurut Quraishi (2005), istilah Islamofobia diperkenalkan sekitar tahun 1980-an, tetapi kian popular selepas serangan 11 September 2001. 

Islamofobia merujuk pada prasangka, diskriminasi, rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada umatnya. Ia juga merujuk amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. 

Selain itu, Islamofobia termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah daripada nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama. 

Secara mudahnya, Islamofobia bererti rasa takut atau bimbang terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala berkaitan Islam. Sebenarnya, ini adalah penyakit jiwa yang menyebabkan rasa takut dan bimbang terhadap Islam. 
Ketakutan dan kebimbangan itu mendorong Barat dengan kelebihan teknologi mengecam dan merendahkan Islam sebagai satu agama. Keadaan ini boleh mengeruhkan hubungan murni antara orang Islam dengan bukan Islam. 

Laporan neologisme Islamofobia dilancarkan pada 1996 oleh Suruhanjaya Mengenai Masyarakat Islam British dan Islamofobia. Pada 1997 suruhanjaya itu mengeluarkan laporan ‘Islamophobia: A Challenge For All Of Us’, dengan memberikan komponen dikenal pasti (menurut pandangan mereka) mengenai Islamofobia. 


  • Pertama, Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak responsif kepada perubahan. 

  • Kedua, Islam dilihat sebagai pemecah belah. 

  • Ketiga, ia tidak mempunyai nilai yang sama dengan budaya lain, tidak memberi kesan dan tidak mempengaruhinya. 

  • Keempat, Islam dilihat sebagai rendah kedudukan, kasar, tidak rasional, primitif dan diskriminasi jantina. 

  • Kelima, Islam dilihat sebagai keganasan, agresif, mengecam, menyokong pengganasan dan terbabit dalam pertembungan budaya. 

  • Keenam, kritikan umat Islam terhadap Barat ditolak. 

  • Ketujuh, cemuhan terhadap Islam digunakan untuk menjustifikasikan amalan diskriminasi dan pengasingan umat Islam dalam arus perdana masyarakat. 

    Ketujuh-tujuh komponen itu menunjukkan berlakunya salah faham sangat ketara berkenaan Islam di kalangan masyarakat Barat. Dakwaan dan andaian ditanam dalam minda mereka seterusnya diterjemahkan melalui tindakan zahir, baik melalui kekerasan fizikal mahupun perbualan harian. 

    Ia menunjukkan satu bebanan tanggungjawab besar perlu dipikul umat Islam untuk memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat bukan Islam khususnya di Barat. Dunia Islam menganggap salah faham mengenai Islam dan nilainya adalah penyebab Islamofobia. 

    Islamofobia akan berterusan kerana cara inilah Barat dapat menggugat dan menyekat kemaraan Islam. Namun semakin mereka menekan, semakin laju langkah umat Islam kerana cahaya Allah tidak akan padam. 

    Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah al-Saff, ayat 8) 

    Untuk menghadapi fenomena ini, umat Islam perlu bijak mengatur langkah dan strategi berkesan antaranya membina kefahaman mengenai Islam dalam setiap diri individu Muslim. Aspek paling asas patut diselesaikan umat Islam. 

    Umat Islam tidak perlu mencipta polisi atau dasar lain sebagai penyelesaian kerana penyelesaian sudah tersedia sejak dulu lagi. Paling penting kemampuan umat Islam menyesuaikan era pascamodenisme ini dengan kesyumulan Islam. 

    Umat Islam juga perlu berusaha memberi kefahaman kepada Muslim dan bukan Muslim mengenai tuduhan yang dipalitkan terhadap Islam khususnya di Barat. 
    Namun sukar kerana penguasaan media secara global oleh Barat. 

    Islam perlu maju dalam bidang teknologi bagi membolehkan umat menepis tuduhan serta fitnah. Mengadakan dialog antara pemimpin agama dapat membantu menjernihkan fenomena Islamofobia. 

    Menghadapi situasi yang mencengkam umat kini, unsur persaudaraan harus menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam. Jika kita bersatu di bawah ikatan akidah, maka akan terhasillah kesatuan pemikiran dapat menghasilkan kesatuan tindakan. 
  • Tuesday, September 28, 2010

    Hilangkan Bosan Dalam Perjalanan......

    Berhati - hatilah di jalan raya......
    terasa basan dalam perjalanan....
    terasa ingin memandu....
    tidak puas hati dengan pamandu.....
    BAWALAH STERING SENDIRI......
    PANDU SENDIRI.....

    SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais

    SKMM diarah siasat video klip paderi hina Islam serta merta - Rais


    KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
    Rais berkata beliau sudah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi itu dalam klip video itu.

    "Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini hari ini.

    Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.

    Paderi itu dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

    Zainol dalam blognya http://mahaguru58.blogspot.com turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri.

    Rais berkata, isu itu adalah hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati Internet.

    "Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera oleh mereka," katanya.-Bernama

    berita komanwel Delhi 2010

    Tidak perlu risau



    KIRA-kira 100 atlet kebangsaan daripada beberapa jenis sukan yang akan berlepas ke Sukan Komanwel di New Delhi, India hari ini diketuai ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalif tidak perlu bimbang keadaan perkampungan sukan yang sebelum ini didakwa pelbagai pihak tidak layak dihuni.
    Menurut atlet boling padang kebangsaan, Siti Zalina Ahmad yang tiba Jumaat lalu bersama 11 rakan sepasukan dan menjadi kumpulan atlet pertama berada di perkampungan sukan itu berkata, keadaan semakin pulih hasil pelbagai usaha dilakukan penganjur.

    Pihak penganjur sejak beberapa hari lalu bekerja keras untuk memuaskan hati kira-kira 7,000 atlet daripada 71 negara peserta yang mengambil bahagian pada temasya edisi ke-19 ini, tambahnya. “Pada pandangan saya, blok yang menjadi tempat penginapan kami kini selesa dan bagus walaupun waktu siang agak berdebu.

    “Malah, kami tidak punya masalah dengan makanan dan minuman isediakan kerana terdapat banyak pilihan dan mereka mempunyai piawaian tersendiri,” katanya, semalam.

    Mengenai ancaman nyamuk aedes yang boleh membawa kepada deman denggi, beliau mengaku terdapat banyak nyamuk di sekitar perkampungan itu terutamanya pada waktu malam.

    “Namun kami berterima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak urus setia kontinjen negara yang membuat persediaan awal dengan membekalkan beberapa alat terutamanya 'gelang nyamuk' untuk mengelak kami menjadi mangsa gigitan nyamuk,” katanya.

    Isu keselamatan juga tidak timbul kerana kawalan memang ketat terutamanya untuk masuk tempat pertandingan dan perkampungan sukan dengan komando dan polis berada di mana-mana saja.

    Dia turut berkata, perkampungan sukan yang sunyi sejak tiga hari lepas kini semakin sibuk dengan ketibaan kontinjen tuan rumah dan beberapa negara daripada benua Afrika dan Eropah.

    Mengenai venue latihan dan pertandingan boling padang, Siti Zalina berkata, sudah banyak kemajuan dan perubahan dicapai berbanding ketika mereka beraksi pada kejohanan ujian pada April lalu.

    “Kami sudah turun berlatih sejak Sabtu lalu dan ia berjalan lancar,” tambahnya yang mencari pingat emas ketiganya di Sukan Komanwel pada kali ini.

    Awas sabotaj!


    NASIHAT kepada atlet angkat berat supaya sentiasa menjaga botol air masing-masing sewaktu latihan dan hari pertandingan di Sukan Komanwel New Delhi, India mungkin melucukan buat sesetengah pihak namun perkara itu antara yang perlu diberi perhatian sebenarnya.
    SEDIA...barisan atlet angkat berat negara yang akan menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel New Delhi.
    SEDIA...barisan atlet angkat berat negara yang akan menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel New Delhi.
    Pengurus pasukan angkat berat negara, Zainuddin Joseph berkata, peringatan itu sudah diberikan kepada atlet untuk mengelakkan sebarang kemungkinan ada pihak yang cuba mensabotaj dengan memasukkan bahan terlarang seperti steroid dalam air minuman atlet.

    “Kita tidak perlu bimbang kerana menerusi ujian doping yang dijalankan sebelum ini, atlet negara semua bebas daripada sebarang penggunaan barang terlarang, cuma saya menasihatkan supaya apabila berada di sana, atlet kena sentiasa memegang botol air masing-masing. “Jika atlet berlatih atau beraksi pada hari kejohanan itu nanti, jurulatih akan memegang botol air tersebut kerana kami takut ada pihak yang cuba memasukkan bahan-bahan tertentu seperti steroid dalam minuman untuk tujuan sabotaj. “Mungkin insiden sebegini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kejohanan dalam negara tapi apabila kita bertanding di luar negara perkara ini perlu diambil kira,” katanya yang ditemui Arena Metro semalam.

    Seramai 14 atlet angkat berat akan bertanding di Sukan Komanwel yang akan bermula 3-14 Oktober ini dengan pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel Manchester 2002, Amirul Hamizan Ibrahim yang akan bertanding dalam kategori 56 kilogram.

    Selain emas yang disandarkan kepada Amirul, berdasarkan ranking semasa atlet ketika ini, sekurang-kurang tiga pingat lagi tidak mengira warna boleh dibawa pulang menerusi kategori 56kg menerusi Mohd Shafiq Ismail, 62kg Aricco Jumith dan 48kg, Zaira Zakaria.
    Menurut, Zainuddin semua atlet masing-masing berpeluang untuk meraih pingat memandangkan peningkatan yang dipamerkan dalam latihan persiapan selama dua bulan di China dan Indonesia meskipun tidak menyertai sebarang kejohanan luar negara tahun ini.

    “Kami mengharapkan Amirul akan meneruskan penguasaan dalam acara 56kg selepas Malaysia berjaya meraih emas pada 2002 dan 2006. Namun kami tahu India yang sememangnya musuh tradisi pasti akan memberi tentangan.

    “Kalau kita ikut ranking atlet angkat berat komanwel, sasaran empat pingat memang boleh dicapai tapi kita tidak tahu perkembangan pihak lawan, mungkin mereka juga sudah meningkat. “Apa yang saya harapkan agar atlet negara tidak mengalami kecederaan ketika bertanding, jika mereka boleh sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi, tidak mustahil untuk membawa pulang pingat,” katanya yang kini turut menjadi ketua jurulatih angkat berat Pahang.

    Mengulas mengenai insiden siling runtuh di venue angkat berat di Sukan Komanwel minggu lalu, Zainuddin yakin atlet tidak perlu bimbang kerana pihak tuan rumah pasti akan memastikan keselamatan dan kelancaran acara itu.

    Atlet angkat berat akan berlepas ke New Delhi petang ini bersama-sama atlet gimnastik, renang, memanah dan badminton.