lau ad ape - ape cni tlg klik er...

Sunday, January 23, 2011

TANDA - TANDA KEMATIAN SUDAH DEKAT.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Tuesday, January 18, 2011

GURAUAN PALING BERKESAN...



  1. Cara ni boleh la dipraktikkan pada sape2 yg ad mmbe yg suker sgt main api....gerenti x kn kne mrah...



2.    ni lak khas untuk gurauan di musim perayaan....cubalah lau nk tau keberkesananya....risiko tanggung            sendiri....



3.   ni la cara bergurau paling bahaya...silap2 boleh demam smigu mmbe lau kne cm2.... x caye try la sendri...yg mati pn ad gak ni....


4.   ni bt kwan yg lambat pg klas sal nk kringkan rmbut gna hair dryer....sesekali bt la cmni...gerenti pg awl la...mmg xkn gna dryer smpai mti la....x tau la ko yg mti or dryer 2 yg mti...


5.  ni la paling best dan berkesan untuk mmbe...lau ad mmbe korang yg slalu tdo lam klas terutamanya klas sejarah dan yg sewaktu dengannya....lau kna cmni mst taubat x kn tdo g...cikgu pn bley cba amalkn...xkan ad plajar yg tdo lam klas la....


SELAMAT MENCUBA....
SEMUA RISIKO MENJADI TANGGUNGJAWAB SENDIRI....TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TERKENA GURAUAN NI.....
JUST FUN.....HAVE FUN...

Tuesday, January 11, 2011

LAYAN NI LA PLAK....HAYATI LA...


NT PAS TGK VIDEO NI AP KORANG RSA....
SY PNAH RSA SUME NI..
MMG SDIH KN,,,,,,NI PN NGAH SDIH G.....
X DE SAPER AMIK TAU PN....
DIE PN WK X TAU JER....


SO CMNER.....
SBAR LA ER.....
SY SYANG KMU SGT2...
HOPE DIE HPI LA NGAN SAPE PN DIE PLIH....



tp sy msih lg stia mnunggu DIE....

FACEBOOK



Jangan Jadikan Facebook Itu Kehidupan
Facebook adalah alat. Jadi ia harus digunakan sebagai alat. Apa akan jadi jika alat yang kita gunakan akhrinya memperalatkan kita? Pernahkah kita terfikir mengapa Islam menekankan konsep muamalat dalam kehidupan? Adakah dengan facebook konsep muamalat itu menjadi normal?
Facebook adalah platform yang paling mudah di dunia untuk menghina agama, merosakkan kehidupan orang lain, meruntuhkan insititusi keluarga, menyebarkan penipuan, menyebarkan kerosakan akidah dan sebagainya. Malah semua itu mampu berlaku dengan berkesan. Apa yang lebih menyedihkan, pelaku perkara negatif ini mampu melakukannya dengan cara yang berani dan selamat.
Adakah saya terlalu jumud dengan memberi persepsi bahawa Islam memandang negatif terhadap pembaharuan dan kemajuan? Ini bukanlah persepsi lagi. Ini adalah realiti. Hari ini anda tidak sedar satu kesilapan kecil anda, telahpun dijaja keseluruh dunia dan berkembang daripada satu perkara kecil yang digubah menjadi seperti satu jenayah atau dosa besar. Sedar-sedar anda dibaling sebiji telur oleh orang yang tidak dikenali kerana mereka membenci anda. Mungkin kerana anda tidak tahu orang memanipulasi gambar anda di facebook ketika sedang merotan anak di halaman rumah.
Mungkin ia seperti satu fantasi mengarut dan mungkin ada yang mengatakan ia takkan terjadi. Tapi saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang boleh pastikan ia takkan terjadi? Malah begitu banyak 'candid' telah menjatuhkan imej seseorang tanpa disedari oleh individu diseluruh dunia. Seorang alim mungkin sedang bersalam dengan adiknya, tetapi gambarnya diambil dan dikomen sebagai  'orang alim tahi kucing' dengan komen menggambarkan dia menyentuh bukan muhrim. Mungkin akan ada penjelasan tetapi adakah penjelasan itu mampu menjelaskan fitnah yang dibuat dengan berkesan?
Alangkah mudahnya fitnah kini tersebar di akhirnya. Amat mudah juga minda manusia dipandu oleh sistem manusia sendiri. Fikirkanlah sendiri betapa pentingnya kita kembali kepada agama. Orang yang memahami agama akan memahami konsep nilai dan mungkin dapat membentengkan diri dengan sistem berbahaya ini. Bagaimanakah mereka yang tidak bersedia. Semoga Allah memberi hidayah dan kesedaran kepada umat Islam khususnya untuk tidak terjerumus dalam kerosakan yang disistemkan oleh facebook. Wallahualam. Tajdid.

Monday, January 10, 2011

Trip To Cameron Highland...

Ni la xtvt pertama Wan sjak naik pangkat jd presiden klab ni..
'' Trip Trekking To Cameron Highland''....huhuhuhu..

Ni first day....msa mule2 sampai la ni.....
jakun kan sy ni....
br jer sampai trus snap...
 Ni lak pic dpan hotel....
sume ni pn jakun gak....hahahaha...
 ni lak mse mkn mlam.....mkan ngan awekz....
kt KFC lak 2....
 smpat g kn snap sblm start trekking.....sjuk........
nk trekking kt gunung irau....

 cmne....cute kn...x de pape la 2...just for pics....
cute la kn.....tp kotor la ckit...**ni pn awekz gak....
 dh bjaya tawan puncak irau....tinggi 2....
hoooorrreeeee......dak jakun dh smpai cni.....
korang yg bce ni ble lg......
 time trekking.....no komen.....cme 1 jer nk ckp.....
PENAT>>>>>
ni mse nk blik dh.....
dh nk blik kn......so amik ksempatan la snap ngan awekz dlu.....
jgan slah fham la.....ni bkan kt Korea....kt Malaysia....
 cmni la jdnye ble bwa dak jakun ni...
sampai pokok strawberi pn die snap....
x pnag tgk kn....kt umah pn x de.....
mmg jakun tahap dewa la ni...
ni pn dak jakun cm Wan gak....Jery
 ni cm kt Switz kan.....hahaha
kt cmeron la.....tp mmg sjuk pn....
 2 awekz 2.....
bangga la jp kne aapit ngan 2 princess 2.....tp awekz orang laen la....
 ni sorang g dak jakun...nme die Abdullah.....
 ni br la kt Switz....btl kn.....

panas.....saper punyer idea la ni....ad ker patut snap ngah panas....
ni la ldang epal...tp epal x de buah la...
luar musim kot....lau ad grenti Wan bw plastik....ptik buah wt blik umah...

OK......
2 jer untuk stakat ni....
nt ad paper wan post la....sume awekz lam pics ni dh berpunyer....
korang x yah tgk lme2 la....tp bkan wan pnyer tau...
yg wan punyer x ikut pn.....wan x bg die ikut....
hahahahaha....

Trip to Cameron Highland

Wednesday, November 10, 2010

Permainan Hebat...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan..
Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini,maka sebutlah
"Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah
 "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 
"Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 
"Pemadam!",
 jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 
"Kapur!". 
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. 
Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."  "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..


"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.  
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).  Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. 
Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
dipetik dari sahabat saya - ketua admin.

Friday, November 5, 2010

BILA ISLAM TIDAK LAGI DIGUNAPAKAI DALAM PEMERINTAHAN...

HANYA UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA....(maaf untuk golongan bukan islam)


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. 

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.


Tuesday, November 2, 2010

Pegi Tgk Bola.....

sory la lme x update....wan bzi ckit la....dh msuk mgu exam ni....
tp kn lam mgu exam pn wan smpat g terbang g tengok bola...
best tau tgok KELANTAN LWAN NEGERI SEMBILAN.....
Alhamdulillah Kelantan menang....kra berbaloi gak la wan pg tengok...


ni masa br smpai....tp wan x de lam pic ni...coz wan kne amik pic ni...

ni lak masa pg putrajaya....dh sampai awl lg kn....pg la jlan2 dlu....
tp yg lcunyer.....ktorang sesat jlan dr cni nk pg ke Alamanda......
perghh.....lme gak pusing2....


ni lak aksi dari para penyokong kelantan....THE REDS WARRIOR...mcam2 gaya dan rupa ad...tp wan x bt cmni la...cntik x....

 tengok ni....sape kate penyokong kelantan ganas....ni baek jer....ni la semangat kesukanan....

ni la wan ngan sdare wan....kongsi mnat yg same...x pe kn???

tengok ni.....
lautan merah..para penyokong setia TRE REDS WARRIOR......
kuning ciput jer....cmne nk mnang....xde semangat.....


jumpa hantu bola ni...ingat orang jer mnat bola,,...antu pn minat...

ni la sorakan kemenangan kelantan....owowowoowow....
sempat gak la pgang piala  2 walaupun bkan yang original....
hore.....hore....hore.....

"""GOMO KLATE GOMO'''''

Tuesday, October 26, 2010

10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI...



Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi