lau ad ape - ape cni tlg klik er...

Tuesday, September 28, 2010

berita komanwel Delhi 2010

Tidak perlu risau



KIRA-kira 100 atlet kebangsaan daripada beberapa jenis sukan yang akan berlepas ke Sukan Komanwel di New Delhi, India hari ini diketuai ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalif tidak perlu bimbang keadaan perkampungan sukan yang sebelum ini didakwa pelbagai pihak tidak layak dihuni.
Menurut atlet boling padang kebangsaan, Siti Zalina Ahmad yang tiba Jumaat lalu bersama 11 rakan sepasukan dan menjadi kumpulan atlet pertama berada di perkampungan sukan itu berkata, keadaan semakin pulih hasil pelbagai usaha dilakukan penganjur.

Pihak penganjur sejak beberapa hari lalu bekerja keras untuk memuaskan hati kira-kira 7,000 atlet daripada 71 negara peserta yang mengambil bahagian pada temasya edisi ke-19 ini, tambahnya. “Pada pandangan saya, blok yang menjadi tempat penginapan kami kini selesa dan bagus walaupun waktu siang agak berdebu.

“Malah, kami tidak punya masalah dengan makanan dan minuman isediakan kerana terdapat banyak pilihan dan mereka mempunyai piawaian tersendiri,” katanya, semalam.

Mengenai ancaman nyamuk aedes yang boleh membawa kepada deman denggi, beliau mengaku terdapat banyak nyamuk di sekitar perkampungan itu terutamanya pada waktu malam.

“Namun kami berterima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak urus setia kontinjen negara yang membuat persediaan awal dengan membekalkan beberapa alat terutamanya 'gelang nyamuk' untuk mengelak kami menjadi mangsa gigitan nyamuk,” katanya.

Isu keselamatan juga tidak timbul kerana kawalan memang ketat terutamanya untuk masuk tempat pertandingan dan perkampungan sukan dengan komando dan polis berada di mana-mana saja.

Dia turut berkata, perkampungan sukan yang sunyi sejak tiga hari lepas kini semakin sibuk dengan ketibaan kontinjen tuan rumah dan beberapa negara daripada benua Afrika dan Eropah.

Mengenai venue latihan dan pertandingan boling padang, Siti Zalina berkata, sudah banyak kemajuan dan perubahan dicapai berbanding ketika mereka beraksi pada kejohanan ujian pada April lalu.

“Kami sudah turun berlatih sejak Sabtu lalu dan ia berjalan lancar,” tambahnya yang mencari pingat emas ketiganya di Sukan Komanwel pada kali ini.

No comments:

Post a Comment