lau ad ape - ape cni tlg klik er...

Tuesday, October 5, 2010

NASIB HUDGSON DI LIVERPOOL

Hodgson kini di ambang bahaya

MAMPUKAH LIVERPOOL BANGKIT....



Malang terus menimpa Liverpool apabila diaibkan kelab kerdil, Blackpool

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Roy Hodgson terpaksa menelan, walaupun pahit, hakikat yang skuad kendaliannya kini berdepan pergelutan di zon penyingkiran selepas tewas kepada Blackpool 2-1 di Anfield kelmarin. 

Penalti Charlie Adam dan tindakan penyudah bijak Luke Varney membantu kelab paling kerdil dan daif Liga Perdana Inggeris itu menundukkan pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Sotirios Kyrgiakos menanduk masuk gol tunggal Liverpool pada babak kedua yang menghidupkan kembali peluang mereka menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-0 pada babak pertama. Namun, asakan bertali arus Reds mampu dikekang barisan pertahanan skuad bimbingan Ian Holloway.
Keputusan berkenaan melonjak Blackpool ke tangga kesembilan liga, manakala Liverpool pula baru mengumpul enam mata daripada tujuh perlawanan yang menambah tekanan ke atas Hodgson selepas disingkirkan daripada Piala Liga oleh pasukan tidak ternama, Northampton Town. 

Lebih memburukkan keadaan, Liverpool hanya mendapat khidmat Fernando Torres untuk 10 minit saja ketika berdepan Blackpool selepas penyerang Sepanyol itu terpaksa keluar padang terhincut-hincut akibat kecederaan pangkal paha. 

Liverpool kini di tangga ketiga paling corot di atasnya jiran Merseyside, Everton yang juga mengumpul enam mata. Hodgson mengakui agak sukar membayangkan juara Inggeris 18 kali itu, tetapi tidak menolak kemungkinannya. 

“Anda boleh berkata begitu - baru tujuh perlawanan, masih ada 31 lagi - tetapi hakikatnya apabila anda berada dalam zon penyingkiran, anda bergelut daripada daripada tersingkir,” kata Hodgson. “Ia sungguh menakutkan dan saya tidak boleh berpura-pura berani.” 

No comments:

Post a Comment