lau ad ape - ape cni tlg klik er...

Tuesday, October 26, 2010

10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI...



Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

PALESTIN TANGGUNG JAWAB BERSAMA....


Kesibukan urusan dunia dan juga kehadiran Maher Zain ke Malaysia mungkin menyebabkan kita terlupa seketika saudara-saudara kita di Palestin.
Kali ini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang mampu menaikkan semangat juang kita untuk terus membantu pembebasan Palestin. Selamat mendengar dan menghayatinya!

Walau jauh di Bumi Malaysia, kita selaku umat Islam dan saudara seaqidah mereka mempunyai satu tanggungjawab besar untuk membantu saudara kita di sana.
Usaha pembebasan Baitul Maqdis merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seluruh umat Islam walau di mana mereka berada. Hari ini, saat ini..apa yang termampu kita lakukan untuk membantu saudara seaqidah kita di sana?

Monday, October 25, 2010

CICAK PALING MAHAL??? DENGAR LAGU NI,,,,



Cicak jenis ni paling mahal le pernah aku dengar sepanjang hidup aku ni...
dikatakan boleh mengubati penyakit AIDS.....


harga cicak ni boleh mencapai harga RM 50,000 untuk 300 gram...
mahal kan....
bayangkan lau dapat yang 1 kg....
boleh cecah JUTA....
kaya wooooo........
jom same pegi cari cicak ni.....

Sunday, October 24, 2010

Pantun Ustaz...


Pantun dari Ustaz Azhar....

faham x maksud pantun ni....
dalam maksud ni...


Thursday, October 21, 2010

NEGARA YANG PELIK!!!???

Antara info pelik negara....

MALAYSIA...
Kenapa makanan di Malaysia perlu di label dengan tanda HALAL....
Majoroti makanan di Malaysia adalah HALAL....jd kenapa perlu di label....
patut nyer yang HARAM la perlu dilabel...
....PELIK kan....


MALAYSIA....
Malaysia adalah negara ISLAM.....Majoriti penduduk ISLAM....
tp x amalkan cara hidup ISLAM....x guna undang - undang ISLAM...

MALAYSIA...
Antara negara pengeluar minyak.....tp antara negara yang paling mahal harga minyak dalam kalangan negara pengeluar minyak...

gaji pemain MALAYSIA tinggi...
tp kalah kepada negara yang nk bg rakyat makan pun x cukup....


peruntukan untuk hiburan lebih tinggi dari peruntukkan untuk agama....
luluskan lesen perjudian untuk kutip cukai....
lebih banyak menbincangkan isu kecil dan remeh.....
dr bincagkan isu pencerobohan terhadap ISLAM...

MALAYSIA.....
Sangat aktif sertai kempen boikot....Amerika....Israel.....(laknatullah)...
tp bpe lme....1 hri,,1 mgu,,1 blan,,....
tp x henti gak import brang diorang....
x tutup gak francais diorang kt cni....
jual gak brang boikot....


MALAYSIA....
majlis fatwa dh keluarkan fatwa bahawa rokok haram.....
tp nape rokok boleh dijual secara bebas.....x sme cam arak.....sme2 haram kan....
x de tindakan pn diambil pada perokok.....
haram rokok x sme ker dgan haram laen...




nt ad info lg....

SEMASA...

Rujuk berita harian edisi 18/10/10

Maklumat tidak lagi diperlukan....
sudah ditemui di Bukit Bintang...


Rozaliya Mat Lazim
Rozaliya Mat Lazim
SMS tunang diekori dua lelaki ketika beli-belah kelengkapan majlis kahwin

BANDAR CHENEH BARU: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.

Mangsa, Rozaliya Mat Lazim, 20, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi. 

Di KUANTAN: Pegawai penyiasat di IPD ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Rozaliya dan meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu supaya menghubungi IPD di talian 09-5132222.

Tuesday, October 19, 2010

TGK NI...CM NI LA KASIH SAYANG SEORANG AYAH...


AYAH SEMEMANGNYA SANGAT SAYANG AKAN ANAKNYER...
KASIH AYAH TIDAK TERHINGGA WALAUPUN BUKAN AYAH YANG MELAHIRKAN.....
X CAYE???......TENGOK NI....


DH TENGOK???
APA REAKSI KORANG....BTL KAN AYAH SAYANGKAN KORANG....
APA JD KAT DOKTOR 2...CIAN KAN....
KEPADA BAKAL AYAH....JANGAN LA JD CM2...
DH MMG KEJER DOKTOR 2 BT CM2...
NK PASTIKAN YG ANAK 2 X BISU....

Monday, October 18, 2010

Tgk klip ni...Jiwang Lak......



JIWANG KAN KLIP NI.....TP BEST LA....



ble ak tgk klip ni kn....
ak rase cm ad persamaan ngan ksah cnta pertama ak msa zaman skolah dlu2....
trase cm knangan ngan 'DIE' 2 dtg blik la...
tp ak still msih lg hdup smpai skrang...
cz part yg mse nk bg teddy bear 2 x berlaku time ak....
sal ak mmg x suker teddy bear....
lau brlaku cmne er....
agak2 DIE sdey x....
........huhuhuuuu.......

rndu nyer....mane 'DIE' skrang er... 
DIE bhagia x skrang....
DIE ngan saper er...
DIE ingat ak lg x...cm ak ingat DIE...

ptut ker ak tgu DIE lg....
mengharap DIE dtg blik....mungkinkah...
lau DIE x dgt cmne ngan ak...

ap2 pn ak doakn DIE bhagia la...

Sunday, October 17, 2010

MISTERI KEWUJUDAN DAJJAL TERJAWAB....


WAHAI ORANG ISLAM....
BERSEDIALAH MENGHADAPI CABARAN YANG BESAR.......


minta komen anda tentang klip ini....

Thursday, October 14, 2010

KARTUN YANG PENUH MAKNA...

Gambar ni penuh dengan maksud yang tersirat....
Cuba faham dengan baik mesej yang disampaikan oleh kartun ini....


Adakah anda faham maksud kata - kata monyet tersebut....
Semoga situasi ini menjadi ikhtibar sesama kita...
Semoga dapat memberi kesedaran....

Wednesday, October 13, 2010

BERHATI HATILAH......

TAKTIK KES ROGOL....




Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kgkwn ku..


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Proton Inspira...

MODEL BARU KELUARAN PROTON......

model keluaran baru proton....
hasil sentuhan mitshubishi.....
Waja + Lancer = Inspira...
Kini proton sudah mampu mengeluarkan kereta idaman....usaha proton ini patut mendapat sambutan dengan keluaran yang setanding dengan model kereta IMPORT...
sama - samalah kita menyokong industri PROTON....

Tuesday, October 12, 2010

SAKSIKANLAH...


MENGAPA KESYAITANAN MASIH DIAMALKAN DALAM PEMERINTAHAN...
.EPISOD ( 1 )


EPISOD ( 2 )


APA PENDAPAT ANDA TENTANG KLIP INI....
SILA KOMEN...

Monday, October 11, 2010

LUMBA KETE...JOM TGK...


HATI LA MAT RACING....NI ANTARA TAKTIK TERBARU POLIS UNTUK TANGKAP RACER....
REMPIT TERKECUALI......NASIB BAIK LA KORANG....... 


HAAHAAAAHAHAHAAAA....
CAMNE....JD X TAKTIK NI.....

KISAH LAWAK YANG MANYAYAT HATI...

BACA NI DLU BR GELAK...


" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina
"Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak
Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa
menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya.


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia
risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni,
ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah
Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak
diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant
shutdown
2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya
yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal
isterinya
itu.


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik
Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi
pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,
dia
pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,
dia
tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup
muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.

BAHAYA ROKOK..


KATAKAN X NAK PADA ROKOK...
Rokok mendatangkan ketagihan dan boleh mengakibatkan maut dlm kesan jangkamasa panjang...
 Ramai dah tahu... kerajaan mengenakan cukai yg tinggi tetapi perolehan cukai yg tinggi itu x mampu menanggung kos rawatan dan perubatan pesakit kronik si perokok...
 Mencegah itu lebih baik daripada berubat...
bahaya-merokok

TANGKAP MAKHLUK GHAIB..

PENDUDUK SERBU RUMAH GADIS GHAIB RAKAM GAMBAR JIN...

ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum  dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.
ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.
JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin. 

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.
Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap. 

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu. 

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas. 

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan. 
Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut. 

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib. 

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma. 

Sunday, October 10, 2010

SAME - SAME LA KITE GELAK...

SAPE GELAK KNE ROTAN....JOM KTE TGK SPE GELAK....

SAKSIKANLAH KELAS LAWAK NI....
SAPE YANG DAPAT X GELAK KO MMG CIPAN+ + LA.....
CIPAN NGAN BADAK PN GELAK TGK NI.....

UNITED RUGI...RM 418 JUTA.

UNITED CATAT RUGI BERSIH RM 418 JUTA...


LONDON: Manchester United mencatat rugi bersih tahunan sebanyak 83.6 juta pound (RM418 juta) selepas pemilik kelab dari Amerika Syarikat menjelaskan segala bayaran berkaitan hutang, sekali gus menjejaskan keuntungan kelab.

Dalam laporan kewangan berakhir 30 Jun yang dikeluarkan kelmarin, United, mencatat keuntungan 286.4 juta pounds (RM1.4 bilion) berdasarkan pendapatan pemasaran dan penyiaran.

Ia adalah pertama kali kelab mencatat keuntungan operasi mencecah 100 juta pound (RM500 juta).
Tetapi kesannya sebahagian besar keuntungan itu terpaksa digunakan untuk membayar hutang menguruskan kelab sekitar 750 juta pound (RM3.7 bilion), dan kos berkaitan penerbitan obligasi yang menimbulkan kontroversi. 

“Kami mempunyai struktur pembiayaan jangka panjang, pendapatan yang sangat baik dan berjaya mengawal kos selain boleh membayar bunga atas kewangan jangka panjang kami,” kata ketua eksekutif United, David Gill. 

“Pada pendapat kami, jika sesuatu berubah dalam pemilikan, kelab ini mampu bertahan kerana mempunyai pembiayaan yang lebih dari cukup.” 

Rekod kerugian terbesar kelab gergasi Liga Perdana itu dalam tahun kewangan sebelum ini adalah daripada keuntungan 25.5 juta pound (RM127.5 juta) yang terhasil daripada penjualan Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid yang mencipta rekod dunia 80 juta pound (RM400 juta). – AP 

Wednesday, October 6, 2010

SEJARAH TELAH DIRANCANG......MESTI TENGOK NI....



SAKSIKANLAH PERANCANGAN YAHUDI LAKNATULLAH......
BEGITU SEMPURNA UNTUK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM DUNIA......


Bagaimana perasaan anda setelah melihat perancangan yahudi yang cukup lengkap...adakah anda telah bersedia  untuk menentangnya....
terasa sejuk tangan saya semasa melihat tayangan klip ini...membayangkan betapa kuatnya pengaruh yahudi dalam dunia...
Mampukah Islam mengubahnya....

Tuesday, October 5, 2010

LAWAK JEPUN HAHA...

JOM BLAJAR BAHASA JEPUN KUNO....


01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI
perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

NASIB HUDGSON DI LIVERPOOL

Hodgson kini di ambang bahaya

MAMPUKAH LIVERPOOL BANGKIT....



Malang terus menimpa Liverpool apabila diaibkan kelab kerdil, Blackpool

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Roy Hodgson terpaksa menelan, walaupun pahit, hakikat yang skuad kendaliannya kini berdepan pergelutan di zon penyingkiran selepas tewas kepada Blackpool 2-1 di Anfield kelmarin. 

Penalti Charlie Adam dan tindakan penyudah bijak Luke Varney membantu kelab paling kerdil dan daif Liga Perdana Inggeris itu menundukkan pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Sotirios Kyrgiakos menanduk masuk gol tunggal Liverpool pada babak kedua yang menghidupkan kembali peluang mereka menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-0 pada babak pertama. Namun, asakan bertali arus Reds mampu dikekang barisan pertahanan skuad bimbingan Ian Holloway.
Keputusan berkenaan melonjak Blackpool ke tangga kesembilan liga, manakala Liverpool pula baru mengumpul enam mata daripada tujuh perlawanan yang menambah tekanan ke atas Hodgson selepas disingkirkan daripada Piala Liga oleh pasukan tidak ternama, Northampton Town. 

Lebih memburukkan keadaan, Liverpool hanya mendapat khidmat Fernando Torres untuk 10 minit saja ketika berdepan Blackpool selepas penyerang Sepanyol itu terpaksa keluar padang terhincut-hincut akibat kecederaan pangkal paha. 

Liverpool kini di tangga ketiga paling corot di atasnya jiran Merseyside, Everton yang juga mengumpul enam mata. Hodgson mengakui agak sukar membayangkan juara Inggeris 18 kali itu, tetapi tidak menolak kemungkinannya. 

“Anda boleh berkata begitu - baru tujuh perlawanan, masih ada 31 lagi - tetapi hakikatnya apabila anda berada dalam zon penyingkiran, anda bergelut daripada daripada tersingkir,” kata Hodgson. “Ia sungguh menakutkan dan saya tidak boleh berpura-pura berani.”